Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak...

Setiap muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada janji-janji Allah dan Rasulnya pasti bergembira menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada setiap tahun. Begitu juga dengan tahun ini di mana kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah Subhanahua ta�ala menyambut dan meraikan ketibaan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan pahala, dengan kegembiraan serta iman taqwa yang teguh. Hanya mereka yang lemah iman sahaja yang merasa cemas dan risau dengan kunjungan Ramadhan. Begitu juga dengan mereka yang tidak mengenali fadhilat atau keberkatannya. Tetapi bagi orang yang dapat memahami fadhilatnya akan menunggu dengan jiwa kesyukuran seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya yang bererti "Sekiranya umatku mengetahui kemulian dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan kedatangan Ramadhan itu di sepanjang tahun".

Keistimewaan Ramadhan akan lebih ketara lagi jika ia dibandingkan dengan sebelas bulan yang lain. Walaupun semua bulan mempunyai kelebihan, namun kelebihan Ramadhan tetap tidak dapat ditandingi. Hal ini ditegaskan oleh nabi kita Muhammad S.A.W dengan sabdanya yang bererti "Bulan Ramadhan adalah penghulu kepada bulan-bulan yang lain".

Terdapat banyak hadis yang menerangkan keagungan Ramadhan Al-Mubarak, diantaranya sabda Rasullullah S.A.W, Ertinya "Apabila menjelang bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutupkan pintu neraka dan dibelenggu segala iblis dan syaitan".

Hadis di atas ini memberi pengertian bahawa bulan Ramadhan adalah bulan keemasan untuk umat Islam meningkatkan amal ibadah serta memantapkan iman dan membersihkan diri dari kerja-kerja maksiat yang didorong oleh hawa nafsu atau godaan syaitan. Di dalam bulan yang suci inilah sepatutnya mereka melakukan hisab atau muhasabah diri di atas kerja-kerja yang telah dilalui dan akan dihadapi samada yang bermanfaat atau sebaliknya.

Para ulama� menjelaskan, Ramadhan adalah bulan yang menjanjikan sebaik-baik balasan kepada mereka yang berbuat amal soleh samada di awal, pertengahan ataupun di akhirnya. Sebaliknya mereka yang malas dan yang terus melakukan perbuatan-perbuatan maksiat dan dosa, atau memandang bulan Ramadhan itu sama seperti bulan-bulan yang lain, bukan sahaja mereka tidak dapat pahala yang dijanjikan malahan akan menerima azab akibat dari kejahatan yang boleh menjatuhkan kesucian Ramadhan dan keluhuran akhlak umat Islam seluruhnya.

Ramadhan adalah semulia-mulia bulan, berbagai-bagai kejadian atau peristiwa berlaku di dalamnya, yang menjadikan tarafnya lebih agong dan lebih berkat, di antaranya :

Pertama, perintah Allah Subhanahua ta�ala ke atas kaum muslimin untuk mengerjakan puasa, firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 183 yang bermaksud : "Wahai mereka yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti yang diwajibkan ke atas mereka yang sebelum dari kamu, mudah-mudahan dengan berpuasa itu kamu akan terpelihara dan bertaqwa". Tidak syak lagi, perintah mengerjakan puasa yang menjadi rukun Islam ketiga dalam bulan yang mulia ini menjadikan ia lebih agong dari yang lain.

Kedua, mula turunnya kitab suci Al-Quran dari ayat pertama hingga kelima dari surah Al-¥Alak iaitu tanggal 17 haribulan. Firman Allah Subhanahua ta�ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : "Didalam bulan Ramadhan ini diturunkan di dalamnya kitab Al-Quran yang menjadi hadiah kepada umat manusia dan membezakan antara yang hak dan bathil".

Ketiga, dalam bulan Ramadhan ini juga umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah atau zakat badan serta zakat harta benda ke atas mereka yang mencukupi syaratnya. Kefardhuan zakat fitrah di bulan Ramadhan ini menggambarkan betapa eratnya hubungan puasa dengan zakat. Kedua-duanya wajib dikerjakan dengan sempurna. Maka tidak sempurna agama seseorang itu jika hanya melakukan salah satu daripadanya. Hal ini dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya, yang bermaksud "Pahala puasa Ramadhan tergantung-gantung di antara langit dengan bumi, ia tidak terangkat ke langit kecuali dengan zakat fitrah".

Keempat, di sepanjang bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini, Allah Subhanahua ta�ala menghadiahkan kepada umat Islam satu malam yang pahala atau keberkatannya seribu bulan, yang dinamakan Lailatulqadar. Kerana itu, maka menjadi kewajipan ke atas setiap muslim dan muslimat berusaha untuk mendapatkan keagongannya. Iaitu memperbanyakkan zikrullah, bertakbir, bertahlil, berdoa dan lain-lain ibadah yang dituntut dalam Al-Quran dan sunah Rasul. Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya beribadah pada malam tersebut dengan menghampirkan diri kepada Allah Subhanahua ta�ala melalui majlis Qiamullail, beristighfar dan bertadarrus Al-Quran di sepanjang malam pengampunan dosa ini. Janganlah ada orang Islam yang memandang kelebihan malam LailatulQadar sama seperti malam-malam yang lain.

Dipandang dari sudut mana sekalipun, ibadat puasa perlu dilakukan oleh manusia. Agama Islam yang , mengutamakan kesejahteraan umatnya dari segi rohani dan jasmani, tidak menyuruh mereka melakukan ibadat agong ini sekiranya ia tidak mendatangkan manfaat kepada mereka. Maka di antara sebab ibadah ini diwajibkan ialah : Pertama, meningkatkan taqwa dan iman manusia dengan melaksanakan suruhan Al-Khaliq secara ikhlas sebagai melahirkan kesyukuran terhadapnya ; Kedua, melahirkan sifat mulia dan jiwa murni dan bersimpati terhadap penderitaan yang dihadapi oleh fakir miskin dan yang menderita ; Ketiga, menguji kesabaran dalam menghadapi kelazatan makan dan minum, keinginan nafsu jantina atau godaan yang ditegah oleh syarak ; Keempat, melatih diri untuk terus berjihad bagi meninggikan syiar Islam disamping menjaga maruah dan keselamatan diri serta membersihkan jiwa dari sifat-sifat tamak, gelojoh dan sifat-sifat mazmumah yang lain.

Bagi memastikan perlaksanaan rukun Islam ketiga ini diterima Allah serta mendapat keredhaannya, ia hendaklah dilakukan mengikut syarat-syarat atau rukun dengan sempurna, berniat ikhlas, berdisplin dan tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan menghilangkan pahalanya. Ini disebabkan tujuan berpuasa bukanlah menahan diri dari makan dan minum sahaja tetapi menahan semua anggota dari melakukan kerja-kerja yang tidak berakhlak atau yang dilarang oleh agama.

Dalam hal ini kita harus gerun dengan hadis Rasullullah S.A.W yang bererti "Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa balasan dari puasa melainkan lapar dan dahaga".

Mengambil sempena keagongan Ramadhan, marilah kita meletakkan azam untuk menaikkan maruah dan sahsiah dengan menambah iman taqwa kepada Allah, sekurang-kurangnya dengan berpuasa pada siang hari dan bersalawat tarawih pada malam harinya. Orang yang menghormati tuntutan Ramadhan bererti memuliakan dirinya dan mencemari Ramadhan bererti ia menjatuhkan harga dirinya sendiri

Thursday, August 20, 2009

Green Tea/Teh Hijau

Perumpamaan Cina :

"Lebih baik berlapar selama 3 hari dari sehari tidak minum Green Tea". Green Tea telah diamalkan di Negeri Cina semenjak 4000 tahun dahulu. Orang cina telah menggunakan kebaikan Green Tea untuk merawat segala macam penyakit dari sakit kepala sehingga kemurungan. Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan membezakan jenis teh:
  • hijau
  • hitam
  • oolong

Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengwapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain. Kini kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Green Tea antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Green Tea mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.

Secara umum Green Tea didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.

Kenapa Green Tea Istimewa?

Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Green Tea 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan ia juga dianggar 2 kali lebih baik dari resveratol yang terdapat dalam wine merah.
Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.
Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.

Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.


Khasiat Kesihatan Green Tea / Teh Hijau

Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan . Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:

1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi

· Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.

2. Membantu mengawal paras gula darah

· Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

3. Membantu dalam sesetengah penyakit barah

· Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

4. Menguatkan sistem imun

· Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

5. Menurunkan aras kolesterol

· Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

6. Menggalakkan pembakaran lemah

· Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.

Ubat Penyakit Selesema Babi

Salam.....
Saya ada menerima email yg mengatakan ade seseorang hamba Allah yang baru balik dari Thailand. Dia ke pulau temelang dan ban tun. Apa yang Dia nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selesema babi.
Bahan2nya adalah :

  • air kelapa
  • kurma
  • mangkuk

cara2nya

1. Masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. Tuang air kelapa
3. Biar sejam dua
4. Minum air kelapa bersama makan kurma

:: marilah kita mencuba, mudah-mudahan kita selamat dari penyakit ini ::

Monday, August 10, 2009

Lawak Giler - Mesti Baca!!!

Dalam byk2, Kain apa yang paling berat di dunia?
* = Kain songket cap Gajah Duduk

Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?
* = Jatuh la nyonya tu...

Ibunya satu, anaknya beribu, apa dia?
* = Penyapu

Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa?
* = Jawapan lain salah la...

Ibunya diurut, anaknya dipijak.
* = Tangga

Pokok apa bila manusia nampak dia lari?
* = Pokok nak tumbang la...

Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh menyayikannya?
* = Lagu 'Happy Birthday'

lagi...

Air apakah yang paling berani sekali?
* = Air terjun

Sungai apa yang paling kurus di dunia?
* = 'Slim River'

Sungai apakah yang tiada air?
* = Sungai di dalam peta

Buah apa bila dia masak dia timbul?
* = Buah Melaka

Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa?
* = Jadi banyak la...

Apakah persamaan antara ikan kod dengan kod gitar?
* = Kedua-duanya boleh digoreng

Ikan apakah yang mempunyai ketiak?
* = Ikan duyung

Ha...cuba teka....

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

4) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

5) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

6) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

8)Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan


Kalau poning sangat tengoklah jawapannya kek bawah kah....kah.. ..

Jawapannye......


1) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

2) MILO AIS

3) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh. sebab tulah dia angkat sebelah aje.

4) lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

5) Semut yang matanya BENGKAK

6) Motorsikal...... sebab dia pakai tongkat

7) kambing bintang

8) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR!

JANGAN MENCARI TERLALU "SEMPURNA"

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail....
Hendaklah kamu mengambil ikan itu......
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya....
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...

Begitulah juga....

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ....
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu....
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu...

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada...
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh...
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja......
Kerana apabila ia mulai RETAK....
Tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula...

Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja......

Begitulah juga....

Jika kamu sedang memiliki seseorang....
TERIMALAH dia seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa....
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ....
Tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
....
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya....
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja....


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi....
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu....
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT.....
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain....
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN.....
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi....
Kamu akan MENYESAL....

Begitulah juga....

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN....
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu....
MENYAYANGIMU.... MENGASIHIMU.... dan MENCINTAIMU....
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain....
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN......
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain....
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi....

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI... Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA ... itu lebih BERMAKNA !

"Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang"


Saturday, August 8, 2009

Khasiat Pegaga

Daun Pegaga
(Centella asiatica)



Malaysia mempunyai 1200 spesis tanaman ubatan dan 60 spesis disenaraikan antara yang biasa digunakan. Sebanyak 15 % tanaman ubatan hanya boleh terdapat di hutan hujan tropika. Salah satu herba yang popular dan mendapat tempat di hati masyarakat kita ialah Pegaga. Pegaga merupakan pokok herba saka yang menjalar, tumbuh ditempat-tempat lembab dan bernaungan. Dahulunya pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung dan kegunaannya juga terhad. Selain untuk tujuan perubatan, pegaga biasanya dibuat ulam atau dimasak untuk dijadikan gulai. Ada juga yang menganggap pegaga ini sebagai rumpai yang menganggu tanaman mereka.

Tetapi kini masyarakat telah sedar tentang khasiat pegaga. Oleh itu, pegaga yang dulunya tidak dihiraukan telah mendapat sambutan yang hangat. Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti pegaga nyonya yang berdaun kecil, pegaga daun lebar, kelantan, renek dan salad. Kesemua pegaga mempunyai zat makanan seperti protien, gentian, zat besi, vitamin A dan C.


Khasiat Pegaga Adalah:-

  • menyegarkan badan
  • merawat pitam
  • mengurangkan berat badan
  • awet muda
  • rawatan lepas bersalin
  • melancarkan perjalanan darah


Keterangan

Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia), indian pennywort, gotu kola. Ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN. Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur. Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. Selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.


Kegunaan

Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan, bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.